16 November, 2014

Google verification

<html>
<head>
<meta name="google-site-verification" content="lsz9w504T8V26BMuu-t82b4Bg30gZz0Lv8HcrJtvbSs" />
<title> My title </title>
</head> 
<body>
page contents
</body>
</html>

21 July, 2013

MUFFIN JAGUNG FARISNAJWA

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian....

Hari ni ape yang saya nak kongsi dengan korang sekalian adalah resepi untuk membuat muffin jagung farisnajwa...
nampak cam best je kn...memang best.!!!!...selepas baca ni..korang try la cuba resepi ni...


korang nak tahu saya pelajari resepi ni dari mana..hehe...biarlah rahsia.....hohohoho..okay2 saya bagitau resepi ni saya pelajari dari mummy saya...
senang jer buat muffin ni bak kata mummy.....
korang boleh disediakan untuk minum petang dan sebagainya...


 okay tentu korang da tak sabar nak tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat muffin ni kan...sebelum tu buat pengetahuan korang sume, saya beli barang-barang ni dekat Mydinmall jer..murah dan jimat..hehe..
Moh kita mula membuat muffin.....



Bahan-bahan yang diperlukan adalah

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Bahan B 
1 cawan jagung krim dalam tin
1 cawan minyak masak
1/2 gula pasir 
1 biji telur


                      

  
               

             
                                 


cara untuk membuat

1. ayak bahan A dan gaulkan dengan garam
2. masukkan bahan B dan kacau rata
3. masukkan kedalam acuan kertas yang sudah diletakkan didalam 
acuan pengukus.
4. panaskan kukusan sehingga mendidih
5. kukuskan selama 25 hingga 30 minit dengan api yang besar.
6.sedia untuk dihidang.




yeayyyyyy da siap muffin jagung farisnajwa...!!
Xsabar nak rasa nie...

Selamat mencuba....!!!!!!!!!!!!!




03 August, 2012

Ramadhan OH Ramadhan

          

Selamat menyambut ramadhan al mubarak..buat keluarga,sahabat  handai....arini genap 14 hari kita menyambut ramadhan......first sekali..aku suka sangat bila bulan ramadhan menjelma...kerana pada bulan ini lah mengajar kita erti kesabaran....selain menahan lapar dan dahaga...pada bulan ini juga kita dapat menambah pahala dengan membuat kebaikan seperti memperbanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim..orang tua...dan orang miskin....selain itu terdapat banyak perkara yang boleh kita menambah pahala di bulan ramadhan ini seperti berzikir,membaca Al-Quran dan banyak lagi....

selain daripada itu..antara faedah berpuasa adalah 
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."




    FADHILAT PUASA RAMADHAN

    Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

    Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                            
    Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan keranaAku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).......